Anggi Marito
Anggi Marito

Anggi Marito

Anggi Marito Tiodora Simanjuntak (lahir 6 Mac 2002; umur 21 tahun) merupakan penyanyi dan pelakon Indonesia. Anggi merupakan pemenang ketiga dalam siaran Indonesian Idol musim kesebelas oleh stesen televisyen RCTI pada 2020-2021.[1] Anggi dikenali sebagai penerima golden ticket pertama pada musim tersebut.[2] Selepas Indonesian Idol, Anggi menyertai syarikat rakaman Universal Music Indonesia dan mengeluarkan single pertamanya bertajuk "Cara Mencintaimu" pada 12 November 2021.[3]Pada 2023, single keduanya bertajuk "Tak Segampang Itu" berjaya mengungguli pelbagai carta muzik digital di Indonesia dan Malaysia termasuk mengungguli carta yang disusun oleh Billboard iaitu Indonesia Songs selama 9 minggu berturut-turut[4] serta Malaysia Songs selama seminggu.[5]

Rujukan

WikiPedia: Anggi Marito https://www.tabloidbintang.com/articles/film-tv-mu... https://www.inews.id/lifestyle/music/anggi-marito-... https://www.inews.id/lifestyle/music/cerita-anggi-... https://lifestyle.sindonews.com/read/598123/157/an... https://www.billboard.com/charts/indonesia-songs-h... https://www.billboard.com/charts/malaysia-songs-ho... https://web.archive.org/web/20230705095725/https:/... https://web.archive.org/web/20230705101003/https:/... https://palembang.tribunnews.com/2020/11/20/mengen... https://depok.pikiran-rakyat.com/entertainment/pr-...